Pages

Tuesday 8 December 2015

Adab Melayan Tetamu







KONSEP MELAYAN TETAMU

Tetamu : Maksud tetamu dari sudut bahasa secara ringkasnya bermaksud seseorang yang menziarahi seseorang yang lain  samada dijemput atau tidak dijemput. 


HUKUM MELAYAN TETAMU

Wajib melayan tetamu secara istimewa mengikut kemampuan tuan rumah terutama pada  hari pertama datang. Menerima dan melayan tetamu  adalah merupakan salah satu amalan yang digalakkan Islam.



مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.



KEFAHAMAN HADIS :


·         Islam menggalakkan pergaulan yang baik
·         Menyebarkan kasih sayang antara manusia dan  mahabbah sesama ummat.
·         Mengeratkan lagi ikatan persaudaraan




ADAB- ADAB MENERIMA DAN MELAYAN TETAMU



·         Menjawab salam

 ·         Ikhlas dan berlapang dada

  •    Memberi layanan yang baik

·         Sentiasa bermuka manis ketika melayan tetamu

·         Menjamu tetamu

·         Menyediakan kemudahan yang baik




KELEBIHAN-KELEBIHAN MELAYAN TETAMU

 Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah.

 Murah rezeki, mendapat rahmat dan berkat daripada Allah.

 Apakah kelebihan-kelebihan lain yang boleh didapati apabila kita melayan tetamu dengan baik???




 


Jom Uji Minda!!!




Class Code : LNW6ZJgw