Pages

Tuesday, 17 November 2015

Ibadat : Pengurusan Jenazah Satu Kefardhuan

 photo image001kf1js1.gif



   
 


Dalil Tentang Kematian




Hukum Menguruskan Jenazah

Hukum menguruskan Jenazah adalah merupakan fardhu kifayah bagi orang yang hidup di dalam sesuatu kawasan. Jika ada orang yang menguruskan jenazah tersebut, maka terlepas tanggungjawab orang lain dari kewajipan tersebut. Sebaliknya, jika tiada orang yang menguruskannya maka berdosalah semua orang yang tinggal di kawasan tersebut.


Monday, 16 November 2015

Cara Memandikan Jenazah



Memandikan Jenazah
1.     Memandikan jenazah bermaksud meratakan air ke seluruh badan jenazah untuk menghilangkan najis dan mengangkat hadas.
2.     Tujuan jenazah dimandikan ialah supaya suci dan bersih ketika menemui Allah S.W.T.

     

Cara-Cara Memandikan Jenazah

·        Letakkan jenazah di atas tempat yang tinggi
·        Jenazah dihadapkan ke kiblat
·        Menutup aurat jenazah dengan kain basahan
·        Berniat ketika memandikan jenazah
·        Bersihkan gigi , mulut , hidung , dan telinganya
·        Bersihkan tubuh daripada najis dan benda yang menghalang air
·        Dudukkan jenazah dan tekankan sedikit perutnya supaya keluar najis
·        Siram seluruh tubuh sehingga rata dengan menggunakan air yang bercampur kapur barus , daun bidara , sabun , dan sebagainya
·        Wudhukkan mayat selepas dimandikan



Hikmat Memandikan Jenazah :