Pages

Thursday, 5 November 2015

Cara Mensolatkan Jenazah



Solat Jenazah


Melaksanakan solat jenazah secara berjemaah adalah paling diutamakan dalam agama Islam dan menjadi sunnah untuk meramaikan jemaahnya sehingga solat jenazah ini dihukumkan Fardhu Kifayah sepertimana dalam hal menguruskannya.

Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Nabi S.A.W bersabda : 

"Tidaklah seorang lelaki Muslim yang meninggal dunia, maka didirikan solat pada jenazahnya oleh seramai empat puluh lelaki yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, melainkan Allah S.W.T akan memberikan syafaat padanya." 
(Hadis riwayat Muslim)

Solat jenazah boleh dikerjakan di dalam masjid, surau, atau tempat-tempat lain dengan syarat tempat tersebut luas dan bersih.

Bagi orang perempuan boleh mengikut solat jenazah berjemaah bersama-sama dengan jemaah lelaki atau dirikan solat ke atas jenazah selepas disolatkan oleh jemaah lelaki.



Rukun Solat Jenazah

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Rukun solat jenazah hanya ada empat :

1.    Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
2.    Berdiri bagi yang berupaya
3.    Takbir empat kali
4.    Salam


Persediaan Solat Jenazah

1)   Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris. Susunan jenazah yang paling hampir dengan imam adalah seperti berikut :
Jenazah lelaki dewasa
Jenazah kanak-kanak lelaki
Jenazah perempuan dewasa
Jenazah kanak-kanak perempuan

2)   Kedudukan Ketika Melaksanakan Solat Jenazah


Kedudukan Jenazah

Jenazah lelaki :

1.    Imam berdiri bersetentangan dengan kepala, dada atau bahu jenazah.
2.    Kepala jenazah berada di kiri imam.


Jenazah perempuan :

1.    Imam berdiri bersetentangan dengan pinggang jenazah.
2.    Kepala jenazah berada di kanan imam.

3)   Dalam barisan (saf) solat jenazah berjemaah, makmum disunatkan membentuk tiga saf. Sekurang-kurangnya harus dijadikan tiga saf dengan setiap satu saf dua orang.


Niat Solat Jenazah

1)   Lafaz niat untuk solat jenazah lelaki/perempuan :



2)   Lafaz niat untuk solat jenazah yang ramai :





Cara Mendirikan Solat Jenazah

Cara mendirikan solat ini adalah berdiri dengan betul, rapat dan berniat mendirikan solat sunat jenazah serta terus berkeadaan berdiri sambil melafazkan bacaan tertentu sehingga salam, tanpa melakukan rukuk dan sujud.

1)   Niat dan Takbir Pertama
Niat solat jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu takbir pertama.


2)   Baca surah Al-Fatihah


3)   Takbir Kedua


4)   Selawat keatas Nabi S.A.W




5)   Takbir Ketiga 


6)   Membaca doa



7)   Takbir Keempat


8)   Doa untuk jenazah
Sebelum memberi salam, boleh juga baca doa yang berikut :


9)   Memberi salam ke kanan dan ke kiri


10)   Contoh doa solat jenazah 






No comments:

Post a Comment